Anyways , read this . And die of laughter (:
Suhu pada pagi itu sudah mencecah -800 degree celcius. Aku terpaksa pakai baju 8 lapis. Siap dengan windbreaker lagi tau. Rumah aku pun sudah kelihatan seperti ice hotel di Sweeden sana tuh. Aku nak mandi pun air dah beku. Syabas pon takde teknologi untuk mengatasi masalah ni aduh. Dengan penuh ghairahnya aku pun keluar untuk ke kedai Salim membeli sayur dan rojak buah ice.
Sedang aku berjalan, seorang makcik tua datang ke arah aku secara tiba-tiba. Aku mula rasa seram. Tanpa berfikir panjang aku terus menendang kepala makcik itu sampai tengkoknya terkoyak. Makcik itu lari ketakutan sambil memegang kepalanya di celah ketiak dia yang penuh berbulu itu.
Aku terus ke kedai Salim. Setibanya aku di sana aku membeli sayur Salad dan Rojak Buah. Tak pasal-pasal pulak Salim tak nak jual kat aku. Aku geram dan terus memberontak. Aku mengikat bulu dada Salim yang panjang dan harum di tiang telefon dengan tampannya. Salim mula menggelak ketakutan. Aku dengan ayunya melempang pusatnya lapan kali. Salim terus nangis namun aku tetap tabah melempang dan menggigit pusatnya sehingga tulang belakannya kemek. Aku terkejut. Salim pun terkejut.
Pada masa itu, Raju, kawan Salim tiba di situ. Raju pun terkejut jua melihat apa yang berlaku. Lantas aku menjoggingkan diri. Setelah Salim terlepas dari ikatan, Raju dan Salim mengejar aku. Aku jogging ke tengah jalan. Diorang pun nak ikut jugak. Tiba-tiba semua kereta berhenti dan mengejar aku, Salim dan Raju kerana menggangu ketenteraman jalanraya. Apahal la pulak diorang nih...
Masalah semakin besar, pihak berkuasa mula bercampur kaki, eh silap, tangan. Tak boleh tengok orang senang sikit, mereka menghantar FBI dan pasukan elite khas beserta kenderaan perang dan helikopter untuk mengejar kami. Raju geram dan hilang akal lalu mencampakkan batu bertubi-tubi ke arah helikopter yang mengejar kami kerana menggangu ketenteraman pergaduhan kami. Tanpa kesedaran, dia tercampak Salim ke helikopter itu.
Helikopter itu meletup bersama Salim. Melihat letupan itu, semua orang berhenti mengejar kami kerana penat dan tahu kami sukar dikalahkan, tapi aku dan Raju tetap meneruskan pergaduhan walau pun Salim dah mati. Setelah lapan minggu bertarung kami akhirnya penat.
Aku dan raju peluk dan bermaaf-maafan selama beberapa jam. Kami pun menyara hidup kami dengan menjual lipan yang comel di Jepun. Kami kemudiannya hidup selesa dan gembira bersama isteri dan anak kami sehingga ke akhir hayat.
Hahah xD
Thats all for now .
Hahah xD
Thats all for now .
No comments:
Post a Comment